LATAR BELAKANG SYARIKAT
Utara Kabinet adalah sebuah syarikat 100% milik bumiputera yang telah ditubuhkan pada 15 Jun 2009 berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dilahirkan atas usaha pemilik tunggal syarikat Hishamsuddin bin abas.
Syarikat ini menjalankan perniagaan membuat perabot iaitu kabinet dapur, almari, rak buku, kasut, kabinet tv, meja kaunter, perabot pejabat dll. Selain itu syarikat ini juga mempunyai perniagaan sampingan iaitu perkhidmatan menyewa khemah (kanopi).
Utara Kabinet sudah sekian lama bertapak di pasir putih ipoh, ia mempunyai pelanggannya sendiri yang terdiri dari berbagai golongan, bangsa dan agama.
Utara Kabinet berharap perniagaan yang sedang dijalankan ini akan terus berkembang maju dan berdaya saing.
MISI SYARIKAT
Utara Kabinet mempunyai misi tersendiri untuk terus maju :
Antaranya ialah :-
1) Melaksanakan Utara Kabinet hingga menjadi sebagai perniagaan yang setanding dengan syarikat yang besar.
2) Melaksanakan pengurusan dengan kepimpinan yang cekap,
Berkesan, jujur, tulus dan ikhlas.
3) Memastikan setiap tempahan yang dibuat tepat pada masanya.
4) Mempunyai kualiti agar menjamin syarikat menjadi kukuh.
5) Menjamin hubungan yang baik dengan pelanggan.
6) Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan.
7) Sentiasa mengikut rekabentuk-rekabentuk yang terkini mengikut peredaran masa.